Agropolitan ubah nasib penduduk

Projek pertanian mega beri peluang warga Pulau Banggi jalani hidup lebih selesa

KAIS pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apalah sangat yang boleh diharapkan 1,000 penduduk yang tergolong dalam Keluarga Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) dan lebih 13,000 penduduk lain Pulau Banggi, dekat Kudat Sabah, selain sepinggan nasi untuk mengalas perut.

Celik saja mata, si bapa atau ketua isi rumah tidak pernah terfikir untuk berpakaian kemas ke pejabat atau menghidupkan enjin kenderaan untuk ke tempat kerja.

Yang bermain di kotak fikir mereka hanya bagaimana untuk mengisi perut sendiri, isteri dan anak pada hari itu. Bagi anak yang bersekolah, tidak pernah terlintas untuk menaiki bas sekolah. Aturan langkah di jalan berdebu adalah perkara yang pasti setiap pagi.

Dengan keluasan kira-kira 446 kilometer persegi, Pulau Banggi tidak pernah menjanjikan kehidupan sempurna untuk penduduknya. Masyarakat rumpun Melayu keturunan Ubian, Kagayan, Suluk, Bajau, Balabak dan Orang Asli Bonggi yang menghuni pulau berkenaan dari satu generasi ke generasi yang lain adalah masyarakat paling miskin di negara ini.

Bagaimanapun, mereka tetap menyimpan impian untuk menikmati kehidupan lebih selesa. Mereka bukannya berputus asa dengan kegiatan ekonomi menangkap ikan di pesisir pantai dan mengusahakan kebun kelapa, jagung dan ubi kayu. Cuma mereka mengharapkan suatu hari nanti nasib mereka akan berubah.

Si ayah yang bertarung dengan ombak untuk menangkap ikan dan yang memerah keringat membanting tulang mengusahakan kebun kelapa, jagung dan ubi kayu, tetap menyimpan impian agar anak mereka tidak menghambakan diri pada laut dan kebun yang tidak seberapa hasilnya.

Seorang daripada KIRMT di pulau itu, Jalal Asdi, 33, yang ditemui berkata, tiada daya usahanya yang lain untuk membesarkan enam anak berusia antara enam hingga 17 tahun, selain bertarung dengan ombak demi sesuap nasi.

“Sejak kecil saya ke laut. Setiap hari saya bergantung harapan supaya mata kail saya disambar ikan. Seminggu sekali saya menempuh ombak selama tiga jam untuk menjual ikan di Kudat.

“Hasilnya tidak seberapa. Selepas dibahagikan dengan lima lagi kawan yang sama perahu dengan saya dan satu bahagian diambil oleh tauke perahu, cuma kira-kira RM90 yang boleh saya dapat seminggu,” katanya dengan pandangan mata yang cukup redup mengenang kemiskinannya.

Bagi Layut Tugaian, 54, dari Kampung Limbuak Darat, kebun kelapa seluas 2.4 hektar yang diusahakannya sejak 35 tahun lalu dan ditambah dengan sedikit kebun jagung, tidak menjanjikan kehidupan lebih selesa. Namun beliau bersyukur kerana masih mampu membesarkan tujuh anaknya.

“Kebun jagung saya selalu diserang babi hutan. Saya tidak ada senapang untuk menghalau babi hutan,” katanya.

Namun demikian, Jalal dan Layut, kedua-duanya berketurunan Dusun Bonggi, kini mampu tersenyum apabila dipilih sebagai dua daripada 1,000 peserta Program Lonjakan Mega Luar Bandar (PLMLB) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

PLMLB di Pulau Banggi adalah projek berkonsepkan Agropolitan bernilai RM167.36 juta yang dimajukan mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), bakal membolehkan peserta terbabit memperoleh pendapatan RM1,200 sebulan.

PLMLB yang dilaksanakan Felcra Bhd sebagai tunjang agensi pelaksana, menggunakan konsep Agropolitan, membabitkan 1,000 KIRMT yang didaftarkan Pejabat Pentadbiran Daerah Pulau Banggi diketuai Penolong Pegawai Daerah.

Agropolitan adalah istilah baru digunakan kementerian berkenaan yang merujuk kepada kota di daerah pertanian dilengkapi kemudahan seperti di bandar, bertujuan membuka minda penduduk Pulau Banggi terhadap projek pertanian mega yang bakal mengubah nasib mereka.

PLMLB bertujuan mengeluarkan KIRMT daripada belenggu kedaifan. Seribu peserta terbabit akan mengusahakan empat hektar kebun getah yang ditanam Felcra sejak April lalu dan bakal menuai hasilnya enam tahun lagi.

Setakat ini, seluas 70 hektar daripada keseluruhan 4,000 hektar ladang getah sudah ditanam dan 136 peserta program perladangan getah mendapat gaji tetap bekerja di ladang itu.

Mereka bekerja di ladang itu sementara menunggu pokok getah boleh ditoreh. Apabila hasilnya diperoleh nanti, setiap peserta diberikan hak agihan dividen bersamaan empat hektar kebun getah.

Dengan diberikan upah menoreh RM450 sebulan dan ditambah dividen RM600 sebulan, 1,000 peserta itu bakal memperoleh pendapatan jauh lebih tinggi berbanding terpaksa menempuh ombak dan mengusahakan kebun dengan tulang empat kerat.

Sebagai permulaan, sebahagian kecil penduduk Pulau Banggi sudah menikmati impak pelaksanaan PLMLB. Setakat ini, 60 penduduk sudah memperoleh gaji harian apabila terbabit dalam kerja membina 200 rumah untuk KIRMT.

Kegembiraan penduduk Pulau Banggi untuk menerima pembangunan terpancar jelas pada wajah kira-kira 5,000 penduduknya ketika menyambut kehadiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika melancarkan PLMLB, Sabtu lalu.

Bagi mereka, kehadiran Perdana Menteri di pulau itu membuktikan komitmen Barisan Nasional (BN) memajukan pulau berkenaan, sekali gus mengubah nasib mereka.

Ketika berucap, Abdullah secara jelas mahukan projek berkenaan berjaya dan menjadi contoh pelaksanaan PLMLB di empat kawasan lain di Semenanjung.

Perdana Menteri mahu program berkenaan dijadikan landasan untuk memajukan program yang sama di Kesedar, Kelantan; Wilayah Ganda, Perak; Tanjung Gahai dan Pekan, Pahang serta Setiu, Terengganu.

“Saya yakin projek Agropolitan ini boleh menjadi contoh pembangunan yang berjaya. Rakyat di pulau ini tertunggu-tunggu apa yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan. Mereka perlu diberi peluang untuk memajukan pulau ini,” katanya.

Abdullah yakin pembangunan modal insan yang turut disertakan dalam PLMLB akan membolehkan anak nelayan dan petani di pulau berkenaan memperoleh ilmu pengetahuan untuk memajukan pertanian dan perikanan moden.

“Anak-anak muda akan tertarik dengan pertanian. Tidak perlu lagi ke bandar untuk mencari pekerjaan tetapi apabila tidak dapat kerja, cari dadah,” katanya.

Abdullah juga mahu projek Agropolitan itu dimajukan dengan tanaman organik atau tanaman yang tidak menggunakan bahan kimia yang mendapat pasaran baik sekarang.

Rumusannya, PLMLB di Pulau Banggi adalah landasan untuk masyarakat di situ yang rata-ratanya sudah terlalu lama dihimpit kemiskinan, mengubah nasib.

Berita Harian



  Senarai berita  
301
RM1 bilion naik taraf jalan kampung

Sumber Berita : Utusan Malaysia  (19/04/2006)
Berita Lengkap
302
Pantau projek prasarana luar bandar

Sumber Berita : Berita Harian  (17/04/2006)
Berita Lengkap
303
Stipend for village heads

Sumber Berita : New Straits Times  (14/04/2006)
Berita Lengkap
304
Village heads to get RM400 monthly stipend from Government

Sumber Berita : The Star  (14/04/2006)
Berita Lengkap
305
Elaun Ketua Kampung Diselaraskan

Sumber Berita : Bernama  (14/04/2006)
Berita Lengkap
306
Ketua Kampung dapat elaun RM450

Sumber Berita : Utusan Malaysia  (14/04/2006)
Berita Lengkap
307
Elaun ketua kampung RM450

Sumber Berita : Berita Harian  (14/04/2006)
Berita Lengkap
308
Abdullah Mahukan Nilai Impak Projek Basmi Kemiskinan

Sumber Berita : Bernama  (13/04/2006)
Berita Lengkap
309
Projek basmi kemiskinan tegar perlu kesungguhan

Sumber Berita : Utusan Malaysia  (13/04/2006)
Berita Lengkap
310
PM arah kawal belanja

Sumber Berita : Berita Harian  (13/04/2006)
Berita Lengkap
311
Petani cipta jana kuasa hidro elektrik

Sumber Berita : Berita Harian  (07/04/2006)
Berita Lengkap
312
Belia boleh jadi tauke

Sumber Berita : Berita Harian  (05/04/2006)
Berita Lengkap
313
Bukti Pusat bersikap adil

Sumber Berita : Berita Harian  (04/04/2006)
Berita Lengkap
314
KSN lebih kerap turun padang pantau projek

Sumber Berita : Utusan Malaysia  (07/04/2006)
Berita Lengkap
315
RM540j peruntukan SPKR

Sumber Berita : Utusan Malaysia  (07/04/2006)
Berita Lengkap
316 Berita Lengkap
317
3 prinsip tangani ketidakseimbangan

Sumber Berita : Berita Harian  (31/03/2006)
Berita Lengkap
318 Berita Lengkap
319
RÚD, ICT platform penting RMK-9

Sumber Berita : Berita Harian  (31/03/2006)
Berita Lengkap
320
Pedalaman Sabah, Sarawak tak dipinggir

Sumber Berita : Berita Harian  (02/04/2006)
Berita Lengkap
321
Felcra tingkat 50 % kegiatan hiliran

Sumber Berita : Harian Metro  (29/03/2006)
Berita Lengkap
322
‘Top scorers must encourage others to excel’

Sumber Berita : The Malay Mail  (28/03/2006)
Berita Lengkap
323
Orang Asli high achievers in STPM and SPM: Munira

Sumber Berita : The Malay Mail  (28/03/2006)
Berita Lengkap
324
Orang Asli Rally Behind Top Scorers

Sumber Berita : New Straits Times  (28/03/2006)
Berita Lengkap
325 Berita Lengkap
Laman 13/15 : « Sebelumnya  [11]  [12]  13  [14]  [15]   Seterusnya »  dari 366 rekod